Wednesday, April 30, 2008

Maksud poyo

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Ini adalah maksud poyo berdasarkan kenalan-kenalan aku:

- gedik/poser je/ngade/shiesh/hampeh

- macam bagus kot.. „terlebih semangat“!

- tak dpt nk digmbrkan dgn kate2 aa

- tatau tapi boleh describe annoying kut

- macam bagus

- perasan bagus

- unbounded amount of talking of superior-nothingness

- poyo is a place in spain (seriously I have to go there and take a picture)

- takde mana, perkataan buat sendiri

- macam bagus sangat

- kelakuan yg tidak normal yg bleh membuat orang rasa tak sedap hati..

- perbuatan dan percakapan orang yang mengada ada

- org tu suka buat lawak yg blur nak mati + membangga diri sendiri tanpa niat. kalau dengan niat, itu adalah berlagak

- berlagak power

- suka buat lawak bodoh

- poyo = sardin

- cakap lebey drpd aper yg die boley buat

- gila gila

- ntah apa apa

- berlagak

- perasan bagus, cakap terlalu dramatic, exagerate

- cool yang tak jadi

- terer tapi buat tak terer (nih ayat makan dalam nih)

- aku rasa macam selamba bodoh je dalam membuat sesuatu benda. pada pelaku poyo itu maybe dia rasa biase je apa yang dia buat, tapi pada pandangan mata org lain benda yang pelaku poyo tu buat mungkin over acting kot...

- a show off

- poyo tu bila seseoran cuba melakukan sesuatu perkara denan niat menonjolkn dirinya dengan cara cuba menarik perhatian orang lain di masa dan tempat yg tak kena

- cam berlagak bagus

- cam over...tp laen sket aa..over tu lebih kpd negativ sket poyo tuh kadang bleh jd positif..hahha..taktau aaa

- in mmu they use it to describe a lame remark

- poyo tu bermaksud macam bagusla...

- entahlah. aku rasa poyo just means enthusiastic tapi mempunyai negative connotation sebab orang melayu tak suka over-enthusiasm because diorang saja dengki?

- Ada jugak orang rajin nak tulis panjang-panjang:

Secara amnya, “poyo” membawa maksud orang tuh tengah blur, buat-buat blur, atapun di pandang blur. Perkataan ini boleh digunakan sebagai kata sifat yang menggambarkan keadaan seseorang itu, ataupun kata sindiran yang boleh menjatuh kan air muka atau maruah seseorang. Pendek kata, “poyo” ni satu perkataan yang sungguh unik yang telah meresap kedalam bahasa kita.

Secara zahirnya pula, “poyo” ni pada pendapat aku memang sesuai digunakan apabila baru bangun tido, apabila kita hendak sedar dari alam mimpi. Boleh dikatakan keadaan masa tuh 50-50. Separuh kat alam realiti, separuh lagi masih berada dalam alam mimpi. Ia merupakan kata ganti sepenuh bagi perkataan mamai, dalam konteks ini.

- poyo adalah kau.

Banyak jugak makna poyo. Mungkin kalau orang panggil ko poyo, poyo yang dia maksudkan tak sama ngan poyo yang ko maksudkan.

Allah SWT Maha Mengetahui.

6 comments:

menza_ice said...

hijaunya cik abang.. (^__^)

- s - s - a - i - z - said...

lucu lah blog ni.. aku suka.... :D:D:D:D

Hafizzul said...

Begitu ke mksud poyo, so selama ni diorang panggil aku poyo ... cis .. tak guna punya diorang

JeMaH said...

haaa...ni la mksud poyo ke? ngeh3...
poyo poyo poyo...

~from = JemaH~

Unknown said...

Seingat aku perkataan ini mula-mula aku dengar masa bersekolah di Johor Bahru,sekitar tahun 1997/98 masa tu tegah popular permainan yoyo yang boleh buat 'fancy move' ...masa tu ada sorang mamat org putih ni mmg pakar main yoyo ni... nama dia Yohan... dia jadi duta produk yoyo yang berjenama PRO-YO...

so bila bende tu dah jadi popular, ramai la budak yang bawak PRO-YO ni ke sekolah, bila masa rehat, diorang pun tunjukkan aksi masing2... jadi ada sesetengah budak yang tak suka dengan bebudak main yoyo ni... mereka mengelarkan kumpulan ini sebagai kumpulan PRO-YO..... sempena nama jenama yo-yo tu... lama2 bila sebut laju2 jadilah POYO......

jadi lepas itu sesiapa saja budak yang menunjuk lagak, atau berbuat perkara yang menonjolkan diri akan digelar POYO....

kemudian perkataan ini berevolusi bila sampai ke negeri2 lain.. dan meletakkan pelbagai sebab untuk menyebut perkataan ini bagi perangaai manusia yang entah apa2...

sekian cerita saya...

Unknown said...

Poyo itu apa si artinya